Monday, September 30, 2013

SEMANGAT KEMERDEKAAN 2013 - PRA SEKOLAH

MEMUPUK SEMANGAT KEMERDEKAAN DIKALANGAN ANAK-ANAK


Adik Wana memperagakan dress ala seorang puteri..
yang menggunakan beberapa helai bendera..
Pakaian beragam ini merupakan pertandingan untuk Pra Sekolah



Seawal pagi lagi Adik Wana sudah mengenakan pakaian beragam Kemerdekaan ini..
Betul-betul semangat..termasuklah umminya yang bertungkus lumus
menyiapkannya sehingga jam 2pagi..memang BERSEMANGAT..


Hasil gabungan ibu (Kak Dila le tu..) dan anak (Adik Wana)
Idea sebenar datang daripada Adik Wana sendiri yang ingin
memakai gaun ala 'princess' katanya..Kak Dila cuma menjahit &
menampal bendera sahaja..

Tak sangka..mendapat tempat ke 3..dalam pertandingan tersebut
di sekolahnya..Alhamdulillah..Tahniah ! ye anakku sayang..


Asalnya...


Ini adalah gaun asal sebelum ditambah & dijahit bendera..
Untuk pengetahuan kalian..gaun ini direka khas untuk Adik Wana..
yang ketika itu menyertai pertandingan 'Recycle Fashion Show'
peringkat Pra Sekolah sekitar Ipoh..50 orang penyertaan kesemuanya..

Kain bahagian lengan & dada - daripada perca2 kain
Bahagian skirt hitam tu - daripada skirt labuh Kak Dila yang lama (ketika masih bujang lagi)
Net yg dikeliling skirt tu -adalah net daripada kelambu lama..
hiasan bintang2 tu - adalah daripada kertas pembungkus makanan (yg dalamnya beraluminium)..
dan ada lagi beberapa bahan yg dipakai oleh Adik Wana seperti mahkota (tin minuman) & kasut kulit kerang..serta tongkat sakti (batang penyapu & penutup botol susu)..rantai (cd lama)..
dan lain-lain..Insyaallah ada kesempatan Kak Dila akan tunjukkan gambar2 tersebut..


OH YA..KELAS INTENSIF MENJAHIT BAJU KURUNG DEWASA/KANAK-KANAK
MASIH ADA DAN DIBUKA PADA SETIAP HARI ...
BERMINAT BOLEH HUBUNGI SMS/CALL/WhatsApp KAK DILA 013-3419022



No comments:

Sponsored By