Thursday, September 13, 2012

JUBAH SEGERA ANAK2..-..DIY


Masa ni raya dah dekat..nak tambah baju anak-anak perempuan..
nak beli readymade ke..nak jahit sendiri..
ishh..beli mahal..tak berbaloi bagi yang tahu jahit sendiri.
Kain ni..opah mereka yang bagi..dah lama dah..
Apa kata..buat je jubah simple untuk anak-anak..kan bagus..
SIMPLE..cara potong pun memang simple..
potong bahagian lubang lengan..dan..
buat potongan "A" di bahagian badan..



Bahagian leher buat potongan ala leher baju kurung..
jahit tepi dan kemudian jahitkan renda di sekeliling
bulatan leher..Lengan dijahit kedut dibahu..



Bahagian belahan pula..jahitkan renda yang agak lebar..
untuk serikan lagi..jubah yang simple ini..




Ha..dah siap..anak-anak boleh pakai..untuk bersantai-santai..
atau juga ke rumah terbuka..
Afrina dan Afwana cukup selesa dengan jubah masing-masing..


Saturday, September 8, 2012

KAIN LEBIHAN LANGSIR..APA NAK BUAT..?

KITA SAMBUNG..DIY.. LANGSIR LAMA TUKAR BARU..


Mm..dah siap langsir siang untuk sliding door..masih
ada lebihan kain..coraknya kita lintangkan..
nak tegakkan..memang tak cukup..


Ni pandangan dari ruang dapur..nak ke ruang makan..
langsirnya Kak Dila jahit seringkasnya..ala-ala langsir Jepun gitu..
tapi ia labuh ke bawah..


Eh..eh..masih ada lagi sedikit lebihan kain..
ok..kita gunakan kesemuanya..
cukup-cukup untuk bahagian dapur..
pun..jahit seringkasnya..

Kan JIMAT tu..jika dijahit sendiri..
beli kain untuk 1 pintu..tapi boleh dapat 3 pintu..
Alhamdulillah..
Apa kata sama-sama kita belajar menjahit..



Friday, September 7, 2012

DIY..BAJU MELAYU TELUK BELANGA UNTUK ANAKKU..

BAJU RAYA 2012 UNTUK AFWAN 2 TAHUN..


Amboi..handsomenye anak ummi ni..
Afwan cukup suka baju raya ni..
sentuhan daripada ummi..



Cara mudah nak buat seluar anak..
ambil je contoh seluar lama..
terbalikkan dan potong je ikut bentuk seluar tu..



Dah siap potong ni...
pastikan lipatan kain tu ada 2 keping..
untuk kaki kanan & kiri..



Dah siap jahit tepi..
bolehlah..dicantumkan..mulakan bahagian atas dulu..



Mm dah siap pun..
Gunakan getah 1/2 inci lebar di bahagian pinggang..
sesuai untuk kanak-kanak 2 tahun..



Sediakan 3 poket baju dahulu sebelum cantum..
mana-mana bahagian..



Nak nampak seri sikit..
boleh tambahkan renda yang sesuai..
di bahagian atas poket..



Tampalkan poket di hadapan badan baju..
pastikan leher siap dijahit dan dikemaskan..
kemudian bolehlah cantumkan bahagian lengan & pesak..



Yeh..yeh..SELAMAT HARI RAYA..AIDILFITRI MULIA..


Muhammad Afwan dengan gayanya tersendiri..
Ceria menggayakan baju melayu hasil jahitan umminya (kak dila le tu)..
Afwan : Terima kasih ummi..
Ummi : Sama-sama sayang..






DIY..LANGSIR LAMA TUKAR BARU...

Langsir yang ada kepala orang panggil..
jahitnya ketika tengah sarat sangat ngandung anak ke 2..
dah lama dah..tapi masih elok fabriknya..takpe..
kita recycle untuk langsir bilik pulak..

Gambar di atas..langsir lama..
apa kata..ada rezki kita tukar baru..



Recycle..Ha..jangan membazir..dah basuh bersih & wangi..
boleh gantung kat bilik..ambil 2 keping je kain langsir tu..
2 keping lagi untuk bilik yang lain pulak..jimat..

Ni kain langsir yang belum dijahit..yang belang biru tu..
untuk langsir siang..

Jahit tepi dahulu..untuk kemasan..

Kemudian..jahitkan pita langsir untuk cangkuk di sebelah atas..


Dah siap..tapi ada yang kurang..ini langsir yang paling ringkas..



Nak tambah bagi nampak cantik..cuba tambahkan..
kepala langsir..kali ni cuba bentuk beralun..
gunakan suratkhabar sebagai pola..
proses ni..kena guna maths sikit untuk dapatkan ..
lebar kain sepadan dengan lebar pintu..supaya tak bazirkan kain..



Ha kebetulan rambu ramba ni memang dah lama..
dalam simpanan agak2 lebih 5tahun..
asalnya nak jahit di sekeliling alas meja makan..tapi tak buat pun..
akhirnya rezki untuk langsir..
kebetulan sungguh warnanya sangat matching dengan langsir baru..
Alhamdulillah..



Dah siap ni..langsir siang cuba nak letak dihadapan..
ikut trend baru..tapi nampak kurang cantik pulak..
bahagian kepala langsir tu pulak agak pendek sikit..
takpe kita cuba alter sikit..ikut mana yang sesuai..



Inilah hasilnya setelah alteration dibuat..
Langsir baru untuk sambut puasa..
awal puasa..lepas je siap jahit terus gantung..




Kepala langsir dijahit terus pada langsir utama..
Kedutan bahagian paling atas dijahit mati..
supaya senang untuk memasang cangkuk..
tidak perlu memasang 4 pin cangkuk untuk kedutan..
hanya 1 pin sudah memadai..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

UNTUNGNYA KEPADA MEREKA YANG BOLEH & PANDAI MENJAHIT..
BOLEH BUAT ATAU UBAHSUAI SENDIRI  APA JUA JAHITAN..
MENGIKUT CITARASA MASING-MASING..

OLEH ITU BAGI PARA WANITA SEKALIAN..LEMBUTKAN JARI JEMARIMU
UNTUK MEMEGANG JARUM DAN BENANG..

MARILAH BELAJAR MENJAHIT BERSAMA KAK DILA
SILA HUBUNGI KAK DILA 013 - 3419022

KAK DILA ADAKAN KELAS INTENSIF MENJAHIT BAJU KURUNG KANAK-KANAK..



Sunday, September 2, 2012

KELAS INTENSIF MENJAHIT BAJU KURUNG KANAK-KANAK 2012..

SILA HUBUNGI KAK DILA DI TALIAN 013-341 9022

UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG KELAS ...

YURAN HANYA ..

RM200 SEORANG BAGI KELAS DI IPOH - 1 HARI

RM300 SEORANG BAGI KELAS DI TAMAN TUN DR.ISMAIL (KUALA LUMPUR..JIKA CUKUP 3 ORANG MIN. ) - 2 HARI

ANDA AKAN PEROLEHI KIT JAHITAN LENGKAP BERSERTA KAIN COTTON 2M..DAN MAKAN MINUM DISEDIAKAN 3 KALI SEHARI..

KELAS DI ADAKAN PADA SABTU ATAU /DAN AHAD..

..Kit Jahitan Yang Akan Diperolehi..
**tiada dalam gambar..pinggang getah,pola & nota..**



KIT JAHITAN ANDA MENGANDUNGI :
1. Kain cotton 2m
2. Pembaris sesiku
3. Pita Ukur
4. Gunting
5. Peniti serta kotak berspan
6. Jarum jahit
7. Benang
8. Zip
9. Cangkuk kain
10.Getah pinggang
11.Kapur penanda
12.Butang 
13.Pola baju
14.Nota yang mudah difahami
15.Kotak Jahitan..

Ada lagi..alat penetas benang akan diberi percuma oleh Kak Dila

Sponsored By