Friday, March 30, 2012

Telekung Kanak-kanak


Ni proses nak menghias ..menggunakan renda organza..



Dijahit beropol sikit..



Nak cantik lagi..dijahit reben polka dot merah di atasnya..



Nak tambah comel dan menarik lagi..tambah le kuntuman bunga reben..



Dijahit renda keliling bahagian muka..



Ala..comelnya anak ummi..rajin-rajin solat ya..



Adik Wana menggayakan telekung kakaknya yang berusia 7tahun..
kakaknya malu sikit nak jadi model ni..



Telekung yang ini memang Adik Wana punya..tapi..
ummi tak sempat nak hias lagi ya..takpa guna dulu ye sayang..
Insya Allah ummi nak cuba jahit sulam..
dah lama mesin sulam tu tak disentuh..



Adik Wana memang seronok dapat telekung sendiri..
4 tahun dah dapat guna telekung untuk solat..
walaupun tanpa hiasan..bagus anak ummi..


INI RAHSIANYA..PERCUBAAN PERTAMA..


Telekung ummi yang lama tapi masih boleh digunakan lagi..
percubaan pertama membuat telekung sendiri..
dimulakan dengan telekung anak-anak..
caranya..hanya potong ikut bentuk asal dan kecilkan bahagian muka..
jangan lupa dijahit semula pelapik dagu yang dikecilkan ikut saiz muka anak..
dan tambahkan getah reben dibahagian kepala..itu saja..mudahkan..
SELAMAT MENCUBA..


Kainnya berpinggang getah dan berenda di bahagian bawah kaki..












Sunday, March 18, 2012

MARI MENJAHIT..

KELAS INTENSIF JAHITAN 2012
BAJU KURUNG KANAK-KANAK..


ANDA MAMPU MENGHASILKAN.. 
SEPASANG BAJU KURUNG KANAK-KANAK..
DALAM MASA HANYA 1 HARI..


KIT JAHITAN LENGKAP BESERTA KAIN COTTON 2M AKAN DIBERI DAN MENJADI MILIK ANDA !


MAKAN MINUM DISEDIAKAN 3KALI SEHARI..


YURAN CUMA RM200


SILA HUBUNGI PN.DILA
TALIAN : 013 - 341 9022

KELAS MENJAHIT FEB 2012...ANTARA MENU YANG DIHIDANGKAN..

SEKADAR MENJAMU MATA
sekali sekala kita jamu pula dengan foto-foto makanan
yang dihidangkan ketika 'break' kelas menjahit..

Sarapan Pagi..teh tarikh beserta kuih-muih traditional..
kuih sagu merah, lepat pisang dan apam kek pisang..


Set hidangan tengahari..nasi ayam sos kicap cendawan butang..
berserta jus oren ..

Buah tembikai..antara yang dihidangkan..

KELAS INTENSIF JAHITAN BAJU KURUNG KANAK-KANAK- FEB 2012



Pelajar : Pn. Khuraisah & Pn. Shima
Dari     : Ipoh
Tarikh  : 5hb Febuari 2012 (Khamis)



Kedua-dua ibu muda ini adalah pensyarah..
yang mempunyai minat dalam seni jahitan

Yang menariknya kedua mereka membawa mesin jahit sendiri..
ia lebih mudah apabila nak praktikkannya di rumah..


Konsentrasi yang diberikan sepenuhnya...
akhirnya membuahkan hasil yang memuaskan..



mm..bajunya dah pun siap..tinggal lagi kemasan 
bawah baju serta hujung lengan..


Akhirnya..Adik Wana sempat menggayakan ..
sepasang baju kurung hasil jahitan Pn. Shima..

Syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar..atas usaha serta kesungguhan..
mereka berjaya menghasilkan baju kurung kanak-kanak..
jangan lupa tips dan teknik yang diberikan..
SELAMAT BERJAYA..








Saturday, March 17, 2012

ADA LAGI..NAK KENA TAMBAH SPAN..

 Blaus yang tidak ada span di bahu..



Atas permintaan customer yang sama..
 ditambah span di bahu..
lebih terletak kedudukan bahu blaus bila dipakai..
lebih selesa dan kelihatan menarik..

JUBAH DAN BLAUS KELIHATAN LEBIH ANGGUN BERGAYA..


Di atas adalah jubah dan blaus..tanpa span di bahu (padding),
atas permintaan regular customer..
span perlu ditambah agar kelihatan lebih cantik bila dipakai..


Lihatlah perbezaannya..jubah setelah dijahit span dibahu..


Jubah moden..



Blaus..sesudah diletakkan padding di bahu..
Sipemakai akan lebih yakin dan kelihatan bergaya..








"ALTERATION" UNIFORM PRASEKOLAH 2012..


Bajunya yang agak labuh perlu dipendekkan sedikit...
agar sesuai dengan sipemakai..



SEBELUM DAN SELEPAS...
yang sebelah kanan tu..sudah dipotong di bahagian bawah..
dan dijahit kemasan semula..
2 pasang uniform prasekolah perlu di"alter"..

Thursday, March 15, 2012

MENJAHIT SENDIRI UNIFORM SEKOLAH ANAK (BAJU KURUNG)


Kain yang belum dipotong..
untuk uniform sekolah kebangsaan dan 
hijau untuk sekolah KAFA..



Ha..ini proses nak memotong..


Yang ini proses jahit tepi..


JENIS FABRIK YANG BERBEZA..ADA KAIN LICIN (SEKOLAH KEBANGSAAN)
DAN..KAIN COTTON (SEKOLAH KAFA)..
..gambar uniform yang dah siap..nanti akan dipaparkan kemudian ya..




AKTIVITI MENJAHIT DI AWAL TAHUN 2012..

Seluar sekolah  rendah anak-anak jiran yang perlu dipendekkan..


Beberapa helai seluar untuk 2orang anak..
yang berlainan saiz..



Bahagian  bawah kaki perlu dipotong..dijahit tepi..
dan kemudian dijahit mesin untuk kemasan..


Sponsored By