Friday, August 31, 2012

BAJU READYMADE..MEMANG KENA "ALTER"..


Baju seorang guru..yang kena pendekkan labuh lengan 
dan labuh baju..



Yang ni pula anak-anaknya punya..
3 pasang baju melayu..samalah kena pendekkan labuh lengan
dan seluarnya sekali..

Wah..tema hijau depa tahun ni..



SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR BATIN..
ucapan untuk semua pelawat blog ini..
terima kasih banyak-banyak singgah blog Kak Dila..
jemput datang lagi ya..

BAJU KURUNG PAHANG..




Keadaan corak bunga-bungaannya yang dikatakan "berkaki"..
potong kain tak ikut ira kain tapi kena ikut coraknya..
mm bunyi agak rumit sikit..walau bagaimanapun kena ada kesabaran di sini..



Bahagian bahu perlu dipotong dan dijahit semula..




Ini di bahagian bahu..kena potong serong sikit..
untuk dapatkan kedudukan bahu yang "terletak"



Kurung Pahang ni..tidak berkekek..
Pesak di sebelah atasnya agak melengkung..



Kurung Pahang yang agak kembang disebelah pesak
 di bahagian sedikit bawah..


Sepasang Baju Kurung Pahang..tempahan daripada seorang guru..
Yang coraknya berkaki iaitu berbunga-bunga di sebelah bawah..
tukang jahit kena pastikan kainnya dipotong dengan betul mengikut corak..

Thursday, August 30, 2012

KELAS JAHIT DI BULAN PUASA...2012..

KELAS 1 HARI MENJAHIT BAJU KURUNG KANAK-KANAK


Tarikh   : 4hb Ogos 2012 (Sabtu)
Pelajar  : Akmal
Dari      : Sri Iskandar


Yang ni proses awal..guna pola atau..
kalau pelajar berani..terus potong kain je pun boleh..
yang pasti dalam pantauan Kak Dila ya..



Ini jahit bahagian leher dulu..
sebelum cantuman lengan..



Kemasan lapik di leher kenalah jahitan tangan..
Akmal ni pelajar yang cekap juga..
katanya mesin jahit dan mesin jahit tepi dah ada..
mm..bagus tu lagi mudah nak mahirkan jahitan..



Dah hampir siap..cuma cantum saja ..


Atas permintaan pelajar..
kain selisih di hadapan (ala lipatan kain batik)..
Kak Dila ajarkan caranya..




Alhamdulillah..siap akhirnya..

He..he..he..


Amboi..Adik Wana ni suka sangat dia..
almaklumlah..teringat baju raya yang ummi belum buat lagi
ketika ini..


KELAS JAHIT SEPERTI DI ATAS MASIH DIBUKA..
KAK DILA BERADA DI IPOH..RM200 SEORANG
SILA HUBUNGI 013-341 9022

BAGI MEREKA DI SEKITAR KUALA LUMPUR..
JIKA ADA MINIMUM 3 ORANG DALAM KUMPULAN..(MAX..4 ORANG)
BOLEH KAK DILA ADAKAN KELAS DI TAMAN TUN DR.ISMAIL..
UNTUK 2 HARI RM300 SEORANG..

SETIAP PELAJAR AKAN DAPAT KIT JAHITAN LENGKAP BESERTA KAIN COTTON 2M
SERTA MAKAN MINUM 3 KALI SEHARI..










Sponsored By