Sunday, October 27, 2013

CEPATNYA BELAJAR MENJAHIT BAJU KURUNG..


KELAS INTENSIF 2 HARI MENJAHIT BAJU KURUNG DEWASA - OKTOBER 2013


TARIKH   :  18 & 20HB OKTOBER 2013

PELAJAR  :  AIDA

DARI       :  IPOH




HASIL JAHITAN DARIPADA AIDA




PROSES MEMOTONG SETELAH UKURAN DIAMBIL..
KEBANYAKAN PELAJAR TIDAK GEMAR MENGGUNAKAN POLA..
NAK CEPAT TAPI MENJADI..



AIDA..SEORANG AKAUNTAN YANG BERMINAT DALAM BIDANG JAHITAN..
KESUNGGUHANNYA TERSELAH..




PROSES MENJAHIT BERMULA..


AIDA SANGAT TERUJA..TAK SANGKA KATANYA..
HAMPIR SIAP..WALAUPUN TIADA ASAS MENGGUNAKAN MESIN JAHIT..
INSYAALLAH..KAK DILA AKAN AJAR SATU PERSATU..



SAMBUNG HARI KEDUA..MEMBUAT KAIN SUSUN PULA..
SEBELUM TU..SELEPAS HARI PERTAMA..
AIDA DIHADIAHKAN OLEH SUAMINYA SEPASANG KAIN..
UNTUK DIJAHIT SENDIRI DI RUMAH..
WALAUPUN JAM 4PAGI..AIDA CUBA MEMOTONGNYA SENDIRI
DI RUMAH..DAN MEMBAWANYA DIHARI KEDUA KELAS..
SYABAS DIUCAPKAN..CARA POTONGNYA BETUL..
DAH JAHIT TEPI..BOLEH CANTUM SAJA DI RUMAH YE..
KIRA HOMEWORK LE NI..



DAH SIAP KAINNYA..

AIDA..TERUSKAN USAHA ANDA DAN JANGAN LUPA TIPS DAN
TEKNIK YANG KAK DILA BERIKAN..



KELAS INTENSIF MENJAHIT BAJU KURUNG..

1 HARI (RM200)- BAJU KURUNG KANAK-KANAK

2 HARI (RM300) - BAJU KURUNG DEWASA

SILA HUBUNGI KAK DILA 013-3419022
LOKASI DI IPOH ..

KAIN BESERTA KIT LENGKAP ALAT JAHITAN AKAN DIBERI (AKAN JADI HAKMILIK PELAJAR)

MAKAN MINUM DISEDIAKAN 3 KALI SEHARI..

JIKA PELAJAR TERASA TIDAK MENCUKUPI 1 ATAU 2 HARI..
BOLEH SAMBUNG HARI BERIKUTNYA..
TIADA CAJ DIKENAKAN...

BELAJAR MENJAHIT BAJU KURUNG SAMPAI PANDAI DAN BOLEH
MENJAHIT SENDIRI DI RUMAH..INSYAALLAH

JEMPUT YA ..YANG BERMINAT KE KELAS KAK DILA..












AKTIVITI MENJAHIT SEBELUM BALIK KAMPUNG..UNTUK BERAYA 2013


MENJAHIT BAJU KURUNG BIASA BERKOCEK DISISI..


BAJU KURUNG UNTUK BONDA DI KAMPUNG..



UNTUK BONDA..TAK PERLU SPAN DI BAHU..
ATAS PERMINTAANNYA..



NI HA ..KOCEK DISISI SEBELAH KANAN..


LANGSIR..JUGA UNTUK RUMAH AYAHBONDA DI KAMPUNG..


JENIS FABRIK..YANG KEDUA PERMUKAANNYA BOLEH DIGUNAKAN..
MAKSUDNYA TIADA ISTILAH TERBALIK..DESIGN & WARNANYA..



MULA-MULA JAHIT TEPI DI SEKELILING KAIN LANGSIR..
KAIN LANGSIR TELAH DIPOTONG SIAP-SIAP DI KEDAI KAIN..
MINTA SALESMAN TU POTONG SETIAP 3M..
BALIK RUMAH..YANG 3M TU DIPOTONG 2 (1.5M)



SEKARANG BARU JAHITKAN PITA LANGSIR DI BAHAGIAN ATAS..
BAHAGIAN BAWAH KELEPETNYA DIJAHIT SELEBAR DALAM 3"



CARA GANTUNGNYA..BOLEH DIIKAT MACAM NI..
ATAU..



DILEPAS MACAM TU JE..



SEDONDON PULAK...RAYA TAHUN NI..YE BONDA..
SAJA INTERFRAME..GAMBAR TIKAR GETAH..
HANYA KEBETULAN.. :)


Monday, September 30, 2013

SEMANGAT KEMERDEKAAN 2013 - PRA SEKOLAH

MEMUPUK SEMANGAT KEMERDEKAAN DIKALANGAN ANAK-ANAK


Adik Wana memperagakan dress ala seorang puteri..
yang menggunakan beberapa helai bendera..
Pakaian beragam ini merupakan pertandingan untuk Pra Sekolah



Seawal pagi lagi Adik Wana sudah mengenakan pakaian beragam Kemerdekaan ini..
Betul-betul semangat..termasuklah umminya yang bertungkus lumus
menyiapkannya sehingga jam 2pagi..memang BERSEMANGAT..


Hasil gabungan ibu (Kak Dila le tu..) dan anak (Adik Wana)
Idea sebenar datang daripada Adik Wana sendiri yang ingin
memakai gaun ala 'princess' katanya..Kak Dila cuma menjahit &
menampal bendera sahaja..

Tak sangka..mendapat tempat ke 3..dalam pertandingan tersebut
di sekolahnya..Alhamdulillah..Tahniah ! ye anakku sayang..


Asalnya...


Ini adalah gaun asal sebelum ditambah & dijahit bendera..
Untuk pengetahuan kalian..gaun ini direka khas untuk Adik Wana..
yang ketika itu menyertai pertandingan 'Recycle Fashion Show'
peringkat Pra Sekolah sekitar Ipoh..50 orang penyertaan kesemuanya..

Kain bahagian lengan & dada - daripada perca2 kain
Bahagian skirt hitam tu - daripada skirt labuh Kak Dila yang lama (ketika masih bujang lagi)
Net yg dikeliling skirt tu -adalah net daripada kelambu lama..
hiasan bintang2 tu - adalah daripada kertas pembungkus makanan (yg dalamnya beraluminium)..
dan ada lagi beberapa bahan yg dipakai oleh Adik Wana seperti mahkota (tin minuman) & kasut kulit kerang..serta tongkat sakti (batang penyapu & penutup botol susu)..rantai (cd lama)..
dan lain-lain..Insyaallah ada kesempatan Kak Dila akan tunjukkan gambar2 tersebut..


OH YA..KELAS INTENSIF MENJAHIT BAJU KURUNG DEWASA/KANAK-KANAK
MASIH ADA DAN DIBUKA PADA SETIAP HARI ...
BERMINAT BOLEH HUBUNGI SMS/CALL/WhatsApp KAK DILA 013-3419022



TEMPAHAN BAJU KURUNG - LENGAN BERCEKAK


Tempahan di bulan Ramadhan 2013 yang lepas..

                                         Tempahan daripada seorang guru..kira
                                          pelanggan tetap Kak Dila la ni..




Kedua-dua pasang baju ni mempunyai batu-batu hiasan di hadapan
untuk memotong & menjahitnya agak rumit..
ini kerana perlukan perhatian yg lebih
agar jarum tidak patah bila terkena bahagian batu tersebut..
perlu dibuangkan batu hiasan tersebut dibahagian yang nak dijahit tu..




Bahagian lengan yang bercekak/berbutang..
atas permintaan pelanggan..


KELAS JAHIT INTENSIF KURUNG DEWASA DI BULAN PUASA 2013

Asslamualaikum dan salam mesra..

Dah lama betul Kak Dila tak kemaskinikan blog ni..agak sibuk dengan urusan rumahtangga & anak-anak..tak mengapa..ada kesempatan Kak Dila akan kemaskinikan aktiviti menjahit..


KELAS NI DIADAKAN DI BULAN PUASA -JULAI 2013

TARIKH  : 28HB & 30 HB JULAI 2013 (AHAD & SELASA)

PELAJAR : KAK SHAM

DARI      : AMPANG



Sepasang baju kurung dewasa
hasil jahitan Kak Sham..





Hari pertama..

Tanpa menggunakan pola..ukur, tanda..& potong..



Proses menjahit baju di hari pertama...



Hari kedua..

Proses memotong & menjahit untuk kain pulak...

Syabas Kak Syam..jangan lupa tips yang diberikan..

Kak Syam ..seorang yang serba boleh..mempunyai pelbagai kepakaran..
dalam bidang kecantikan..kesihatan..perniagaan dan lain-lain
..dan terkini memahirkan diri dalam bidang jahitan..

SELAMAT MAJU JAYA..








Saturday, July 13, 2013

LAGI KELAS INTENSIF MENJAHIT BAJU KURUNG JUN 2013


MENJAHIT BAJU KURUNG KANAK-KANAK - 1 HARI
MENJAHIT BAJU KURUNG DEWASA        - 2 HARI


Tarikh :  29hb Julai 2013 (Sabtu)

Pelajar:  Nisa

Dari    : Ampang, Ipoh


Tarikh : 29hb & 30hb Jun 2013

Pelajar : Fiza

Dari     : Tasek, Ipoh


Comelnye..Hasil daripada pelajar Nisa..seorang mahasiswa IPTS
sementara cuti semester ni..isi masa lapang dengan kemahiran menjahit..
sangat2lah untung..





Proses mengukur  kain..



Proses memotong kain..




Seorang menjahit baju kurung kanak2 dan seorang lagi..
menjahit baju kurung dewasa..



Boleh pilih mesin jahit mana nak guna..tapi keduanya..
menggunakan elektrik..



Hari ke 2..bagi Fiza yang belajar menjahit baju kurung dewasa



Fiza membawa mesin jahit sendiri..lagi mudah baginya..
untuk mempraktikkannya di rumah..



Cara menjahit lapik leher ke lubang leher..



Dah siap ..Alhamdulillah..Fiza amat gembira..
dapat melihat hasil jahitannya..


Sepasang span bahu juga disediakan kepada pelajar..
untuk baju kurung dewasa..



Kepada NIsa & Fiza..Syabas Kak Dila ucapkan..
Selamat Berjaya..dan jangan lupa teknik & tips yang diberikan..


KEPADA PEMBACA BLOG KAK DILA..DIUCAPKAN SELAMAT MENUNAIKAN 
IBADAH PUASA..DAN YANG BERMINAT NAK BELAJAR MENJAHIT BAJU KURUNG RAYA
SENDIRI..MASIH BOLEH DATANG KE KELAS KAK DILA..KELAS MASIH DIBUKA
BOLEH HUBUNGI KAK DILA 013-3419022

YURAN:

RM200 - BAJU KURUNG KANAK-KANAK - 1 HARI
RM300 - BAJU KURUNG DEWASA - 2 HARI

HARI :

SABTU ATAU/DAN AHAD
HARI BIASA - 9 PAGI - 12.00 TENGAHARI
(3 hari atau sampai siap baju sepasang)

KIT LENGKAP ALAT JAHITAN AKAN DIPEROLEHI..TERMASUK KAIN 2m/4m

SEDIKIT BUAH TANGAN AKAN DIBERIKAN KEPADA PELAJAR..UNTUK BERBUKA NANTI
KETIKA KELAS DIJALANKAN PADA BULAN PUASA..INSYAALLAH..

WALAUPUN KELAS CUMA 1 ATAU 2 HARI..JANGAN RISAU..JIKA MASIH TIDAK
FAHAM..JANGAN SEGAN SILU UNTUK DATANG SEMULA KE KELAS KAK DILA..
DENGAN PERCUMA..DENGAN ERTI KATA LAIN..KAK DILA AKAN AJAR SAMPAI PANDAI..
INSYAALLAH..











Saturday, June 29, 2013

KELAS MENJAHIT BAJU KURUNG DEWASA JUN 2013



Tarikh :  25, 26, 27 hb Jun 2013
            (Selasa, Rabu & Khamis)

Masa  :   9pagi -12.30 tengahari

Pelajar :  Azuwa

Dari     : Chemor



Azuwa seorang siswazah UIA..yang pandai mencari peluang..
untuk memahirkan diri dalam bidang jahitan..sementara menunggu
kerjaya tetap..



Proses menjahit di bahagian leher..perlu dilakukan
sebelum mencantum bahagian badan & pesak..



Hari ke 2..baju yang dah hampir siap dicantum..



Untuk baju kurung dewasa..Kak Dila akan sediakan sepasang span bahu..



Hari ke 3..memotong dan menjahit kain susun tepi..



Dah siap kain susun tepi..



Dah siap baju kurung dewasa..mm nampak cantik..
raya ni dah boleh pakai baju hasil jahitan sendiri..Insya Allah..



Pelajar dapat menyiapkan sepasang baju kurung
dalam tempoh yang singkat..



Masih ada masa..bonus..Kak Dila ajarkan cara2 nak
jahit kemasan "mata lalat/karipap" di leher..

SYABAS AZUWA..jangan lupa teknik2 yang diberikan..
SEMOGA BERJAYA..


YANG BERMINAT UNTUK BELAJAR MENJAHIT..
BELUM TERLAMBAT..MASIH ADA MASA..
JANGAN RISAU ..JIKA ANDA TIADA ASAS LANGSUNG DALAM
BIDANG JAHITAN..KAK DILA AKAN AJAR SATU PERSATU..
SEHINGGA ANDA DAPAT MENGHASILKAN SEPASANG BAJU KURUNG..

BOLEH HUBUNGI KAK DILA 013-3419022




Sponsored By