Monday, December 31, 2012

KELAS JAHIT DIHUJUNG TAHUN 2012..

Tarikh  : 30hb Disember 2012 (Ahad)

Pelajar  : Emma

Dari      : Simpang Pulai, Ipoh



Sepasang Baju Kurung Kanak-kanak
hasil jahitan daripada pelajar yang juga merupakan seorang guru sekolah..




Memotong kain menggunakan pola kertas..




Percubaan..kalau nak potong atas kain terus pun boleh..




Tekun..



Proses menjahit bermula..
Jangan risau kepada mereka yang tak pernah..
menggunakan mesin jahit sebelum ni..



Anda akan boleh menjahit jika hadir ke kelas Kak Dila..Insya Allah..
Kak Dila sentiasa berada di sisi anda sepanjang kelas
dan..memberi tunjuk ajar..




Sampai anda boleh dan dapat menghasilkan..
Sepasang Baju Kurung..bersaiz kanak-kanak..


Untuk pengetahuan bakal pelajar Kak Dila..
cara potong, jahit dan cantum adalah sama jika nak ..
menjahit baju kurung bersaiz dewasa...dan ..
Kak Dila akan memberi acuan leher dan lain-lain tips untuk anda..
menjahit sendiri baju kurung dewasa di rumah..

Kepada Emma..Syabas! anda dapat melakukannya..
dengan baik sekali..dan terima kasih juga kepada suaminya..
yang memberi semangat dan dorongan kepada isteri tersayang..
untuk menghadiri kelas jahit Kak Dila..

Teruskan usaha..Selamat Berjaya..dan..

SELAMAT TAHUN BARU 2013..










Thursday, December 6, 2012

BELAJAR MENJAHIT BAJU KURUNG SEKOLAH ANAK..


PROMOSI KELAS INTENSIF 1 HARI...

MENJAHIT BAJU KURUNG SEKOLAH RENDAH..






Bagi ibu-ibu yang nak belajar menjahit sendiri baju kurung sekolah anak-anak..boleh datang ke kelas Kak Dila..cuma 1 hari saja..dah boleh menjahit sendiri..ada bonus untuk kelas ini..Kak Dila akan ajar cara nak buat poket disisi..

Hanya 2 permintaan..

1..Perlu bawa kain cotton secukupnya untuk membuat baju sekolah..
    (putih dan biru@hijau untuk KAFA).
    namun kain cotton bercorak 2m tetap K.Dila beri.

2..Sepasang baju kurung contoh anak..(kanak-kanak 12 tahun ke bawah ye..)



Kit lengkap alat jahitan akan diberi..dan menjadi hak milik anda..

Hubungi Kak Dila..013-3419022

Yuran cuma RM200 sahaja...makan minum disediakan
3 kali...pagi..tengahari..petang..


MEMANG MENJIMATKAN..JIKA BAJU KURUNG SEKOLAH ANAK-ANAK DIJAHIT SENDIRI..
MARILAH BELAJAR MENJAHIT..

"ALTER" ZIP SELUAR SEKOLAH..



Ni seluar sekolah menengah anak jiran..
zipnya dah rosak..kena ganti yang baru..



Bab nak tukar zip ni..memang agak rumit..
betul-betul perlukan kesabaran..


Dah ganti yang baru..


Dah boleh pakai..



Wednesday, November 28, 2012

KELAS JAHIT NOVEMBER 2012


TARIKH  : 15 NOVEMBER 2012 (Khamis..Maal Hijrah)

PELAJAR : ATIQAH DAN FARIHA

DARI      : TAMAN MERU, IPOH



2 SAHABAT BAIK..MINAT YANG SAMA..

2 Pasang Baju Kurung Kanak-kanak yang telah siap dijahit oleh pelajar..






Dah ambil ukuran..lukis pola dulu..



Lepas tu boleh potong kain..
kena ada keyakinan disini ye..



Proses menjahit bermula..



Caranya..begini ya..Atiqah..





Jangan risau jika tak tahu jahit langsung..
Kak Dila sentiasa berada di sisi..
untuk memastikan pelajar betul-betul faham..




Mm..seronoknya..baju dah siap..
tinggal kain aje..

TAHNIAH ! buat Atiqah dan Fariha kerana berjaya menyiapkan masing-masing sepasang baju kurung kanak-kanak..teruskan usaha anda dan jangan lupa tips dan teknik-teknik yang Kak Dila berikan...SELAMAT BERJAYA..









PILIHAN..STOK KAIN COTTON..


UNTUK KELAS INTENSIF 1 HARI 1 BAJU KURUNG KANAK-KANAK..



Pilih-pilih..yang mana satu berkenan..
Antara stok kain yang disediakan oleh Kak Dila untuk para pelajar..



MARI BELAJAR MENJAHIT..YANG SENANG DULU..MEMBUAT BAJU KURUNG KANAK-KANAK..

ASASNYA..BOLEH DIAPLIKASIKAN UNTUK MEMBUAT BAJU KURUNG DEWASA..
CUMA BESARKAN SAIZNYA SAHAJA..

BERMINAT SILA HUBUNGI KAK DILA 013-3419022

PERHATIAN..ATAS PERMINTAAN RAMAI..INSYA ALLAH..JIKA DIIZINKAN ALLAH..
KAK DILA JUGA AKAN MENGADAKAN KELAS UNTUK..
 MEMBUAT BAJU KURUNG MODEN KANAK-KANAK ATAU JUBAH (DRESS)..
MASIH DALAM PERANCANGAN..

KAK DILA AKAN WAR-WARKAN...BILA KELAS AKAN BERMULA..
HARAP BERSABAR..



Monday, October 29, 2012

DIY - CADAR & SARUNG BANTAL..

ADA BAKAT MENJAHIT..BOLEH CUBA NI..
AMAT MENJIMATKAN JIKA DIJAHIT SENDIRI..



Set cadar & sarung bantal yang ringkas..
beli kain & jahit sendiri..memang jimat..
kain cotton ni murah je beli kat pasar tani..
fabriknya cotton + kapas..memang sesuai..


SENANG JE NAK BUAT SENDIRI..MULA-MULA..


Ambil ukuran bantal mana kita nak..



Letakkan contoh sarung bantal lama di atas kain tu..
potong keliling kain ikut contoh tu..
jangan lupa tinggalkan sedikit basi untuk jahit mesin nanti..




Dah jahit kelilingnya sebelah dalam..cuma tinggal 
satu bahagian tidak dicantum..untuk masukkan bantal..
Kak Dila jahitkan juga sekali lagi di bahagian luar..
agar nampak ada sedikit "design" di situ..


UNTUK CADARNYA..


Cuma jahit tepi dulu di sekeliling lebihan kain selepas
di potong untuk 2 helai sarung bantal..



Dah jahit tepi..jahit pula dengan mesin..
anggaran dalam 1/2 inci lebar disekeliling cadar..

SELAMAT MENCUBA !


SEMPENA CUTI SEKOLAH YANG AKAN TIBA TAK LAMA LAGI..
KAK DILA AKAN MEMBUKA KELAS MENJAHIT INTENSIF 1 HARI..
UNTUK BAJU KURUNG KANAK-KANAK..PADA SETIAP HARI ..INSYA ALLAH..
KECUALI JIKA KAK DILA ADA PERKARA-PERKARA YANG..
 TERPAKSA MEMBATALKAN KELAS PADA HARI TERSEBUT..

JIKA BERMINAT UNTUK MENGHANTAR ANAK-ANAK REMAJA ANDA..
ATAU ANDA SENDIRI UNTUK BELAJAR MENJAHIT..
SILA HUBUNGI KAK DILA 013-3419022
YURAN CUMA RM200..
TIDAK PERLU BAWA APA-APA UNTUK KE KELAS KAK DILA..
CUMA DATANG BERSAMA MINAT DAN SEMANGAT UNTUK BELAJAR..
INSYA ALLAH ANDA BOLEH MENJAHIT SENDIRI DI RUMAH..




Friday, October 12, 2012

"ALTERATION" PAKAIAN






Beberapa helai pakaian jiran yang perlu di 'alter'..
ada jubah,seluar & jeans ..
dipendekkan labuhnya, kecilkan
& ada yang kena jahit bahagian tertetas..



Yang ni seluar baju melayu lelaki..nak pendekkan..


NOTA : WALAUPUN ENTRY "ALTERATION" DI ATAS TAK SEBERAPA..
TAPI SAJA KAK DILA MASUKKAN DALAM BLOG..SEBAB IA BERKAITAN..
DENGAN AKTIVITI MENJAHIT..APA SAJA YANG BERKAITAN DENGAN
JAHITAN MAHUPUN FABRIK..INSYA ALLAH ADA KESEMPATAN..
AKAN KAK DILA MASUKKAN..SEBAGAI INSPIRASI KEPADA
PEMBACA BLOG KAK DILA..JUGA SEBAGAI PEMBAKAR SEMANGAT..
KEPADA MEREKA YANG SUKA MENJAHIT ATAU BOLEH MENJAHIT TAPI ..
SENTIASA TAKDE 'MOOD' NAK MEMEGANG JARUM & BENANG..

KELAS INTENSIF MENJAHIT 1 HARI BAJU KURUNG KANAK-KANAK
MASIH DIBUKA..HUBUNGI KAK DILA 013 - 341 9022
YURAN RM200 ..KIT JAHITAN LENGKAP AKAN DIBERI
TERMASUK KAIN COTTON 2M & MAKAN MINUM DISEDIAKAN 3 KALI



UBAHSUAI LENGAN KEMEJA-T


Ni kemeja-t wanita..lengannya memang labuh..
setiap kali nak pakai..kena lipat bahagian hujung lengan..



Apa kata, k.dila potongkan hujung lengan tu..
dah jadi pendek sikit..



Jahit tepi dulu..kemudian  jahit tali getah yang 
bersaiz paling nipis & kecil..
buat dua 'line' tali getah tu..
supaya kedutannya lebih cantik.. 



Inilah hasilnya...amat selesa bila dipakai..
tak perlu nak lipat2 dah..




GETAH RAMBUT BERFABRIK..



Ok..ini asalnya memang getah rambut orang dewasa..
getah dalamnya dah tak jadi getah..
fabriknya jenis 'wool velvet' masil elok..
jadi..untuk nak diguna pakai lagi..
k.dila potong jadi 2 fabriknya..
sorang 1 untuk puteri k.dila yang 2 orang tu..



Kemudian, sediakan benang, jarum dan getah 
ala2 getah pinggang tapi yang bersaiz paling kecil & nipis..



Masukkan aje getah tadi ke dalam fabrik tadi..
cantumkan getah, kemudian jahit semula fabrik tu..
jahit sembat tangan je..mm sebenarnya..
getah rambut berfabrik ni..kalau rajin boleh buat sendiri..
gunakan perca kain yang ada tu..berbagai warna dan corak..
nak cantik..letak manik ke bunga reben ke..apa aje..



Inilah hasilnya..dari 1 kepada 2..
Afrina 1..Afwana 1..
Dah macam donut pulak..







Thursday, October 11, 2012

DIY - RECYCLE KUSYEN LAMA..

APA NAK BUAT YA...JANGAN DIBUANG, ELOK LAGI TU !!..



Kusyen santai yang biasanya diletak di ruang tv..
untuk baring2..gelas disebelah tu sengaja diletakkan di situ..
untuk bezakan saiz sebenar kusyen..


SEBELUM TU..

ADA KAIN NI..(beli kat Kamdar jln TAR, KL tahun 1998 ke 99 tak ingat dah)
DAH LAMA SANGAT DALAM SIMPANAN..
DARI SEBELUM KAHWIN SAMPAI ANAK DAH 5..



Fabriknya masih elok..tak makan hari pun (tak luntur)..
elok kita buat sesuatu..jangan membazir..
masa K.Dila bujang dulu suka jugak beli kain..nak buat itu inilah..
tapi tak buat pun..sibuk kerja masa tu..
sekarang..surirumah ,anak dah ramai..lagi sibuk..ha ha..jangan jadikan alasan ya!
pandai-pandai lah cari masa nak menjahit...betul tak?..



Kain tu dijahit buat batang bantal (sarung untuk isi kekabu)
Dapatlah 5 helai sarung..sesuai sangat..buat bantal
sorang 1 untuk anak2 k.dila semuanya..
bantalnya sedikit pendek saiznya berbanding saiz standard bantal biasa..


Ni isi dalam kusyen tadi..bukan kekabu tau..
tapi cebisan span nipis + bulu burung kot kalau tak silap
kusyen ni sedap bila letak kepala..lembut bukan lembik..



Masukkan isiannya ke dalam sarung..

Kemudian..jahit sembat lilit..


Dah siap projek isian semula kusyen ke bantal..
Alhamdulillah..


OK..K.DILA NAK WAR2 KAN..KELAS BELAJAR MENJAHIT..1 HARI
UNTUK BAJU KURUNG KANAK-KANAK MASIH DIBUKA..
SILA HUBUNGI K.DILA  013 -341 9022..

YURAN RM200
MAKAN MINUM DISEDIAKAN 3 KALI UNTUK 1 HARI
KIT LENGKAP ALAT JAHITAN SERTA KAIN COTTON 2M JUGA DIBERI 


JANGAN RISAU WALAUPUN 1 HARI BELAJAR..ANDA MASIH BOLEH
HUBUNGI ATAU BERJUMPA KAK DILA BILA-BILA MASA...
UNTUK BERTANYA JIKA MASIH ADA PERKARA TENTANG JAHITAN
YANG MASIH TIDAK FAHAM..
PERKHIDMATAN INI ADALAH PERCUMA ..
TANPA SEBARANG BAYARAN..















Thursday, September 13, 2012

JUBAH SEGERA ANAK2..-..DIY


Masa ni raya dah dekat..nak tambah baju anak-anak perempuan..
nak beli readymade ke..nak jahit sendiri..
ishh..beli mahal..tak berbaloi bagi yang tahu jahit sendiri.
Kain ni..opah mereka yang bagi..dah lama dah..
Apa kata..buat je jubah simple untuk anak-anak..kan bagus..
SIMPLE..cara potong pun memang simple..
potong bahagian lubang lengan..dan..
buat potongan "A" di bahagian badan..



Bahagian leher buat potongan ala leher baju kurung..
jahit tepi dan kemudian jahitkan renda di sekeliling
bulatan leher..Lengan dijahit kedut dibahu..



Bahagian belahan pula..jahitkan renda yang agak lebar..
untuk serikan lagi..jubah yang simple ini..




Ha..dah siap..anak-anak boleh pakai..untuk bersantai-santai..
atau juga ke rumah terbuka..
Afrina dan Afwana cukup selesa dengan jubah masing-masing..


Sponsored By