Thursday, July 28, 2011

"ALTERATION " LABUH JUBAH/DRESS READY MADE

Jubah 'ready made' yang sememangnya agak labuh..
perlu 'alter' oleh pelanggan sendiri selepas membelinya..

..Jubah ini milik jiran hadapan..
Dah siap dijahit semula bahagian labuhnya..

nota: Untuk bahagian labuh jubah/dress..
perhatian yang teliti perlu diberikan..ini kerana ..
keadaan bawahnya agak melengkung..
jika tidak berhati-hati akan berlaku sedikit kedutan..

KELAS MENJAHIT BAJU KURUNG KANAK-KANAK ..

Tarikh : 23 Julai 2011

Hari  : Sabtu

Pelajar : Saida dari Ipoh


Wana menggayakan hasil jahitan pelajar..




Proses memotong..


Ingin mencuba..Jahit tepi..


Penerangan yang jelas dan pantauan demi pantauan
oleh cikgu agar pelajar betul-betul faham..



Jangan lupa..rujuk nota jika terlupa..
 apabila menjahit di rumah..


Hampir siap..Saida juga antara pelajar yang cepat 
memahami dan dapat siapkan hasilnya dalam 
masa yang singkat..Syabas!



Alhamdulillah..inilah hasilnya..TAHNIAH!..
jangan lupa teknik dan petua yang diberikan
dan praktik selalu ya..


























Friday, July 22, 2011

STOK KAIN COTTON BAHARU..untuk pelajar KELAS MENJAHIT..

Pilih yang mana satu..semuanya sesuai
untuk dibuat BAJU KURUNG KANAK-KANAK..

MARILAH BELAJAR MENJAHIT..ASAHLAH BAKAT ANDA!


YURAN HANYA RM150..KIT JAHITAN LENGKAP SERTA KAIN 2m AKAN DIBERI..

KELAS MENJAHIT BAJU KURUNG ..

BAJU KURUNG KANAK-KANAK
TARIKH : 17HB JULAI 2011
HARI AHAD
PELAJAR : ROS DARI IPOH

Rina sedang menggayakan baju kurung
yang dijahit oleh pelajar..
Proses memotong kain..

Cikgu sedang mengajar pelajar secara detail dan
jelas agar pelajarnya betul-betul faham dan boleh
menjahit sendiri apabila tiba di rumah..
Nota yang mudah difahami juga akan diberi oleh cikgu..

Hampir siap..dah boleh cantum..


Ros sedang menjahit kain..

Alhamdulillah dah siap..Ros adalah antara pelajar
yang dapat menyiapkan hasil jahitannya dalam
masa yang singkat..TAHNIAH..teruskan usaha..
Ingat ya..teknik dan tips yang diberi..

Tuesday, July 12, 2011

KELAS 1 HARI MENJAHIT BAJU KURUNG KANAK-KANAK

Wana sedang menggayakan
BAJU KURUNG KANAK-KANAK
yang dijahit oleh salah seorang pelajar..

Ahad 10 Julai 2011
Pelajar 2 beradik Ika & Wani
Dari Ipoh..

Proses memotong..menggunakan pola baju..

Proses menjahit ..setelah ukuran baju contoh diambil
serta proses memotong kain menggunakan pola baju..
(semuanya diajar oleh cikgu secara terperinci)

Cikgu Dila sedang menerangkan sesuatu kepada pelajar..

Fokus yang bagus..daripada Ika..
Tumpuan yang baik hendaklah diberikan...supaya apa
yang diajar oleh guru dapat difahami dengan mudah..
Jika ada kesungguhan..maka datanglah...
 kemahiran serta bakat yang tak disangka...
Mmm...dah nak siap pun..Wani sedang
memperkemaskan bahagian bawah baju sebelum
kelepet dijahit silang pangkah..
Inilah hasilnya..BAJU KURUNG KANAK-KANAK..
setelah 1 hari bertungkus lumus mempelajarinya.
TAHNIAH! anda boleh melakukannya walaupun...
sebelum ini tidak tahu menjahit...jangan lupa teknik-teknik
yang telah diajar..TERUSKAN USAHA..

Sponsored By