Monday, September 30, 2013

SEMANGAT KEMERDEKAAN 2013 - PRA SEKOLAH

MEMUPUK SEMANGAT KEMERDEKAAN DIKALANGAN ANAK-ANAK


Adik Wana memperagakan dress ala seorang puteri..
yang menggunakan beberapa helai bendera..
Pakaian beragam ini merupakan pertandingan untuk Pra Sekolah



Seawal pagi lagi Adik Wana sudah mengenakan pakaian beragam Kemerdekaan ini..
Betul-betul semangat..termasuklah umminya yang bertungkus lumus
menyiapkannya sehingga jam 2pagi..memang BERSEMANGAT..


Hasil gabungan ibu (Kak Dila le tu..) dan anak (Adik Wana)
Idea sebenar datang daripada Adik Wana sendiri yang ingin
memakai gaun ala 'princess' katanya..Kak Dila cuma menjahit &
menampal bendera sahaja..

Tak sangka..mendapat tempat ke 3..dalam pertandingan tersebut
di sekolahnya..Alhamdulillah..Tahniah ! ye anakku sayang..


Asalnya...


Ini adalah gaun asal sebelum ditambah & dijahit bendera..
Untuk pengetahuan kalian..gaun ini direka khas untuk Adik Wana..
yang ketika itu menyertai pertandingan 'Recycle Fashion Show'
peringkat Pra Sekolah sekitar Ipoh..50 orang penyertaan kesemuanya..

Kain bahagian lengan & dada - daripada perca2 kain
Bahagian skirt hitam tu - daripada skirt labuh Kak Dila yang lama (ketika masih bujang lagi)
Net yg dikeliling skirt tu -adalah net daripada kelambu lama..
hiasan bintang2 tu - adalah daripada kertas pembungkus makanan (yg dalamnya beraluminium)..
dan ada lagi beberapa bahan yg dipakai oleh Adik Wana seperti mahkota (tin minuman) & kasut kulit kerang..serta tongkat sakti (batang penyapu & penutup botol susu)..rantai (cd lama)..
dan lain-lain..Insyaallah ada kesempatan Kak Dila akan tunjukkan gambar2 tersebut..


OH YA..KELAS INTENSIF MENJAHIT BAJU KURUNG DEWASA/KANAK-KANAK
MASIH ADA DAN DIBUKA PADA SETIAP HARI ...
BERMINAT BOLEH HUBUNGI SMS/CALL/WhatsApp KAK DILA 013-3419022



TEMPAHAN BAJU KURUNG - LENGAN BERCEKAK


Tempahan di bulan Ramadhan 2013 yang lepas..

                                         Tempahan daripada seorang guru..kira
                                          pelanggan tetap Kak Dila la ni..




Kedua-dua pasang baju ni mempunyai batu-batu hiasan di hadapan
untuk memotong & menjahitnya agak rumit..
ini kerana perlukan perhatian yg lebih
agar jarum tidak patah bila terkena bahagian batu tersebut..
perlu dibuangkan batu hiasan tersebut dibahagian yang nak dijahit tu..




Bahagian lengan yang bercekak/berbutang..
atas permintaan pelanggan..


KELAS JAHIT INTENSIF KURUNG DEWASA DI BULAN PUASA 2013

Asslamualaikum dan salam mesra..

Dah lama betul Kak Dila tak kemaskinikan blog ni..agak sibuk dengan urusan rumahtangga & anak-anak..tak mengapa..ada kesempatan Kak Dila akan kemaskinikan aktiviti menjahit..


KELAS NI DIADAKAN DI BULAN PUASA -JULAI 2013

TARIKH  : 28HB & 30 HB JULAI 2013 (AHAD & SELASA)

PELAJAR : KAK SHAM

DARI      : AMPANG



Sepasang baju kurung dewasa
hasil jahitan Kak Sham..





Hari pertama..

Tanpa menggunakan pola..ukur, tanda..& potong..



Proses menjahit baju di hari pertama...



Hari kedua..

Proses memotong & menjahit untuk kain pulak...

Syabas Kak Syam..jangan lupa tips yang diberikan..

Kak Syam ..seorang yang serba boleh..mempunyai pelbagai kepakaran..
dalam bidang kecantikan..kesihatan..perniagaan dan lain-lain
..dan terkini memahirkan diri dalam bidang jahitan..

SELAMAT MAJU JAYA..








Sponsored By