Monday, October 29, 2012

DIY - CADAR & SARUNG BANTAL..

ADA BAKAT MENJAHIT..BOLEH CUBA NI..
AMAT MENJIMATKAN JIKA DIJAHIT SENDIRI..



Set cadar & sarung bantal yang ringkas..
beli kain & jahit sendiri..memang jimat..
kain cotton ni murah je beli kat pasar tani..
fabriknya cotton + kapas..memang sesuai..


SENANG JE NAK BUAT SENDIRI..MULA-MULA..


Ambil ukuran bantal mana kita nak..



Letakkan contoh sarung bantal lama di atas kain tu..
potong keliling kain ikut contoh tu..
jangan lupa tinggalkan sedikit basi untuk jahit mesin nanti..




Dah jahit kelilingnya sebelah dalam..cuma tinggal 
satu bahagian tidak dicantum..untuk masukkan bantal..
Kak Dila jahitkan juga sekali lagi di bahagian luar..
agar nampak ada sedikit "design" di situ..


UNTUK CADARNYA..


Cuma jahit tepi dulu di sekeliling lebihan kain selepas
di potong untuk 2 helai sarung bantal..



Dah jahit tepi..jahit pula dengan mesin..
anggaran dalam 1/2 inci lebar disekeliling cadar..

SELAMAT MENCUBA !


SEMPENA CUTI SEKOLAH YANG AKAN TIBA TAK LAMA LAGI..
KAK DILA AKAN MEMBUKA KELAS MENJAHIT INTENSIF 1 HARI..
UNTUK BAJU KURUNG KANAK-KANAK..PADA SETIAP HARI ..INSYA ALLAH..
KECUALI JIKA KAK DILA ADA PERKARA-PERKARA YANG..
 TERPAKSA MEMBATALKAN KELAS PADA HARI TERSEBUT..

JIKA BERMINAT UNTUK MENGHANTAR ANAK-ANAK REMAJA ANDA..
ATAU ANDA SENDIRI UNTUK BELAJAR MENJAHIT..
SILA HUBUNGI KAK DILA 013-3419022
YURAN CUMA RM200..
TIDAK PERLU BAWA APA-APA UNTUK KE KELAS KAK DILA..
CUMA DATANG BERSAMA MINAT DAN SEMANGAT UNTUK BELAJAR..
INSYA ALLAH ANDA BOLEH MENJAHIT SENDIRI DI RUMAH..




Friday, October 12, 2012

"ALTERATION" PAKAIAN






Beberapa helai pakaian jiran yang perlu di 'alter'..
ada jubah,seluar & jeans ..
dipendekkan labuhnya, kecilkan
& ada yang kena jahit bahagian tertetas..



Yang ni seluar baju melayu lelaki..nak pendekkan..


NOTA : WALAUPUN ENTRY "ALTERATION" DI ATAS TAK SEBERAPA..
TAPI SAJA KAK DILA MASUKKAN DALAM BLOG..SEBAB IA BERKAITAN..
DENGAN AKTIVITI MENJAHIT..APA SAJA YANG BERKAITAN DENGAN
JAHITAN MAHUPUN FABRIK..INSYA ALLAH ADA KESEMPATAN..
AKAN KAK DILA MASUKKAN..SEBAGAI INSPIRASI KEPADA
PEMBACA BLOG KAK DILA..JUGA SEBAGAI PEMBAKAR SEMANGAT..
KEPADA MEREKA YANG SUKA MENJAHIT ATAU BOLEH MENJAHIT TAPI ..
SENTIASA TAKDE 'MOOD' NAK MEMEGANG JARUM & BENANG..

KELAS INTENSIF MENJAHIT 1 HARI BAJU KURUNG KANAK-KANAK
MASIH DIBUKA..HUBUNGI KAK DILA 013 - 341 9022
YURAN RM200 ..KIT JAHITAN LENGKAP AKAN DIBERI
TERMASUK KAIN COTTON 2M & MAKAN MINUM DISEDIAKAN 3 KALI



UBAHSUAI LENGAN KEMEJA-T


Ni kemeja-t wanita..lengannya memang labuh..
setiap kali nak pakai..kena lipat bahagian hujung lengan..



Apa kata, k.dila potongkan hujung lengan tu..
dah jadi pendek sikit..



Jahit tepi dulu..kemudian  jahit tali getah yang 
bersaiz paling nipis & kecil..
buat dua 'line' tali getah tu..
supaya kedutannya lebih cantik.. 



Inilah hasilnya...amat selesa bila dipakai..
tak perlu nak lipat2 dah..




GETAH RAMBUT BERFABRIK..



Ok..ini asalnya memang getah rambut orang dewasa..
getah dalamnya dah tak jadi getah..
fabriknya jenis 'wool velvet' masil elok..
jadi..untuk nak diguna pakai lagi..
k.dila potong jadi 2 fabriknya..
sorang 1 untuk puteri k.dila yang 2 orang tu..



Kemudian, sediakan benang, jarum dan getah 
ala2 getah pinggang tapi yang bersaiz paling kecil & nipis..



Masukkan aje getah tadi ke dalam fabrik tadi..
cantumkan getah, kemudian jahit semula fabrik tu..
jahit sembat tangan je..mm sebenarnya..
getah rambut berfabrik ni..kalau rajin boleh buat sendiri..
gunakan perca kain yang ada tu..berbagai warna dan corak..
nak cantik..letak manik ke bunga reben ke..apa aje..



Inilah hasilnya..dari 1 kepada 2..
Afrina 1..Afwana 1..
Dah macam donut pulak..







Thursday, October 11, 2012

DIY - RECYCLE KUSYEN LAMA..

APA NAK BUAT YA...JANGAN DIBUANG, ELOK LAGI TU !!..



Kusyen santai yang biasanya diletak di ruang tv..
untuk baring2..gelas disebelah tu sengaja diletakkan di situ..
untuk bezakan saiz sebenar kusyen..


SEBELUM TU..

ADA KAIN NI..(beli kat Kamdar jln TAR, KL tahun 1998 ke 99 tak ingat dah)
DAH LAMA SANGAT DALAM SIMPANAN..
DARI SEBELUM KAHWIN SAMPAI ANAK DAH 5..



Fabriknya masih elok..tak makan hari pun (tak luntur)..
elok kita buat sesuatu..jangan membazir..
masa K.Dila bujang dulu suka jugak beli kain..nak buat itu inilah..
tapi tak buat pun..sibuk kerja masa tu..
sekarang..surirumah ,anak dah ramai..lagi sibuk..ha ha..jangan jadikan alasan ya!
pandai-pandai lah cari masa nak menjahit...betul tak?..



Kain tu dijahit buat batang bantal (sarung untuk isi kekabu)
Dapatlah 5 helai sarung..sesuai sangat..buat bantal
sorang 1 untuk anak2 k.dila semuanya..
bantalnya sedikit pendek saiznya berbanding saiz standard bantal biasa..


Ni isi dalam kusyen tadi..bukan kekabu tau..
tapi cebisan span nipis + bulu burung kot kalau tak silap
kusyen ni sedap bila letak kepala..lembut bukan lembik..



Masukkan isiannya ke dalam sarung..

Kemudian..jahit sembat lilit..


Dah siap projek isian semula kusyen ke bantal..
Alhamdulillah..


OK..K.DILA NAK WAR2 KAN..KELAS BELAJAR MENJAHIT..1 HARI
UNTUK BAJU KURUNG KANAK-KANAK MASIH DIBUKA..
SILA HUBUNGI K.DILA  013 -341 9022..

YURAN RM200
MAKAN MINUM DISEDIAKAN 3 KALI UNTUK 1 HARI
KIT LENGKAP ALAT JAHITAN SERTA KAIN COTTON 2M JUGA DIBERI 


JANGAN RISAU WALAUPUN 1 HARI BELAJAR..ANDA MASIH BOLEH
HUBUNGI ATAU BERJUMPA KAK DILA BILA-BILA MASA...
UNTUK BERTANYA JIKA MASIH ADA PERKARA TENTANG JAHITAN
YANG MASIH TIDAK FAHAM..
PERKHIDMATAN INI ADALAH PERCUMA ..
TANPA SEBARANG BAYARAN..















Sponsored By