Ni mesin jahit Arwah Mak Kak Dila..dah lama usia mesin jahit ni..
Dah 30++ usianya..memang ketika gambar ni diambil..
mesin ni dah tak boleh berfungsi..berada di kampung Kak Dila di Taiping..
sayang pula jika jadi hiasan saje..
Teringat Kak Dila..mesin ni banyak jasanya..Ketika Kak Dila di tingkatan 4 lagi..
mesin ni lah Kak Dila menjahit sendiri Baju Kurung Sekolah..
Menjahit baju Kurung biasa & moden (untuk dipakai ketika berada di asrama ketika itu)..
berdikarilah Kak Dila waktu itu.. (Arwah Mak meninggal ketika
Kak Dila berada di tingkatan 1..)Masa di IPTA..juga Kak Dila usahakan menjahit Baju Kurung sendiri..yelah masa tu baju kurung menjadi baju harian nak ke kuliah..Nak beli "readymade"..
tak berapa nak mampu..jadi yang mampu beli kain aje..balik jahit sendiri..macam tu le jugak dengan cadar & selimut asrama..jahit sendiri..
Mesin yang sama..setelah diasingkan kepala daripada badannya..
sebabnye senang nak muatkan dalam kereta untuk dibawa ke Ipoh..
Dah sampai Ipoh pun..Kak Dila panggilkan Technician dari Singer
untuk servis mesin ni..
Ha..dah datang "body baru" untuk mesin antik Kak Dila ni..
Mula2 pasangkan pada pelapik (meja kecil)..technician ni dia mai pasang
kat rumah selepas dia dah servis & ganti apa yang patut alatan kat mesin tu..
Kemudian dia pasang motor elektrik kat mesin jahit Kak Dila ni..
Ni alat kawalan kaki (foot controller)..nak jahit tekan je..
kira dah jadi macam mesin jahit portable le..
senang nak ubah sana sini..
Dah siap dipasang segalanya..& sedia untuk digunakan..
Alhamdulillah..Allah swt permudahkan segala urusan..
Pelapik tepinya boleh dilipat ke atas.
..memudahkan untuk memasang "cover" (kotak penutup)
Bila dah pasang penutupnya..inilah rupanya "mesin lama jadi baru.."
nampak lebih kemas dan mudah dibawa kemana-mana walaupun sedikit agak berat..
sebab kepala mesin ni daripada besi..
Boleh di "lock" di kanan & kiri kotak penutup mesin ni..
Alangkah gembiranya Kak Dila mesin lama ni masih boleh
digunakan lagi..dan Kak Dila dah pun merasmikan mesin ni
dengan menjahit langsir tingkap (langsir untuk raya hehe..)
untuk rumah di kampung Kak Dila di Taiping..
Insyaallah..Kak Dila akan kemaskinikan foto2 langsir tu..
PESANAN..bagi mereka yang mempunyai mesin jahit lama
macam mesin jahit Kak Dila ni..elok dijaga dan diberi nafas baru..
Kita akan lebih menghargainya..daripada terbiar begitu saja tanpa berfungsi..
jika meja (badan asal mesin) masih elok dan masih mempunyai laci yang
berkeadaan baik..eloklah dikekalkan..cuma boleh tambah motor elektrik saja..
ianya lebih mudah & cepat ketika menjahit..
No comments:
Post a Comment