Thursday, October 11, 2012

DIY - RECYCLE KUSYEN LAMA..

APA NAK BUAT YA...JANGAN DIBUANG, ELOK LAGI TU !!..



Kusyen santai yang biasanya diletak di ruang tv..
untuk baring2..gelas disebelah tu sengaja diletakkan di situ..
untuk bezakan saiz sebenar kusyen..


SEBELUM TU..

ADA KAIN NI..(beli kat Kamdar jln TAR, KL tahun 1998 ke 99 tak ingat dah)
DAH LAMA SANGAT DALAM SIMPANAN..
DARI SEBELUM KAHWIN SAMPAI ANAK DAH 5..



Fabriknya masih elok..tak makan hari pun (tak luntur)..
elok kita buat sesuatu..jangan membazir..
masa K.Dila bujang dulu suka jugak beli kain..nak buat itu inilah..
tapi tak buat pun..sibuk kerja masa tu..
sekarang..surirumah ,anak dah ramai..lagi sibuk..ha ha..jangan jadikan alasan ya!
pandai-pandai lah cari masa nak menjahit...betul tak?..



Kain tu dijahit buat batang bantal (sarung untuk isi kekabu)
Dapatlah 5 helai sarung..sesuai sangat..buat bantal
sorang 1 untuk anak2 k.dila semuanya..
bantalnya sedikit pendek saiznya berbanding saiz standard bantal biasa..


Ni isi dalam kusyen tadi..bukan kekabu tau..
tapi cebisan span nipis + bulu burung kot kalau tak silap
kusyen ni sedap bila letak kepala..lembut bukan lembik..



Masukkan isiannya ke dalam sarung..

Kemudian..jahit sembat lilit..


Dah siap projek isian semula kusyen ke bantal..
Alhamdulillah..


OK..K.DILA NAK WAR2 KAN..KELAS BELAJAR MENJAHIT..1 HARI
UNTUK BAJU KURUNG KANAK-KANAK MASIH DIBUKA..
SILA HUBUNGI K.DILA  013 -341 9022..

YURAN RM200
MAKAN MINUM DISEDIAKAN 3 KALI UNTUK 1 HARI
KIT LENGKAP ALAT JAHITAN SERTA KAIN COTTON 2M JUGA DIBERI 


JANGAN RISAU WALAUPUN 1 HARI BELAJAR..ANDA MASIH BOLEH
HUBUNGI ATAU BERJUMPA KAK DILA BILA-BILA MASA...
UNTUK BERTANYA JIKA MASIH ADA PERKARA TENTANG JAHITAN
YANG MASIH TIDAK FAHAM..
PERKHIDMATAN INI ADALAH PERCUMA ..
TANPA SEBARANG BAYARAN..















No comments:

Sponsored By